Tuesday, December 8, 2009

MESYUARAT GURU DAN HARI SUAIKENAL TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH

ADALAH DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA GURU MESYUARAT AKAN DIADAKAN PADA TARIKH -TARIKH BERIKUT:
21 DISEMBER 2009 - MESYUARAT BERSAMA TUAN GURU BESAR
22 DISEMBER 2009- MESYUARAT KURIKULUM
23 DISEMBER 2009 - MESYUARAT HEM
24 DISEMBER 2009- MESYUARAT KOKURIKULUM

SEMUA GURU DIWAJIBKAN HADIR.

HARI SUAIKENAL TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH AKAN DIADAKAN PADA 2 JANUARI 2010 JAM 8.00 -10.00 PAGI (SABTU) .
SEMUA IBUBAPA DAN GURU TERLIBAT DIKEHENDAKI HADIR.

Friday, December 4, 2009

PENEMPATAN KE TINGKATAN 1 TAHUN 2010

SEMUA MURID TAHUN 6 SILA BACA KENYATAAN DI BAWAH.
1.Penempatan pelajar ke Tingkatan 1 berdasarkan;
a. Permohonan waris melaui Borang Yang diedarkan oleh pihak sekolah dan diisi oleh pihak

waris.,
b. Keputusan UPSR dan Ujian Kelayakan ke SMKA/KAA
c. Kekosongan di setiap sekolah menengah:
- jika tiada kekosongan PILIHAN KEDUA diambil kira atau
- murid ditempatkan di sekolah bersesuaian.


2.Rayuan Pertukaran Sekolah;

a. Jika pihak waris ingin membuat pertukaran pelajar bolehlah membuat demikian di sekolah yang ditempatkan pelajar berdasarkan surat tawaran. Borang boleh didapati di sekolah tersebut.

3.Tarikh-tarikh Penting :

a. 7 Disember 2009 – murid mendapatkan surat tawaran di sekolah jam 10.00 pagi
b. 15 Disember 2009 – pengesahan penempatan di Sekolah Menengah berdasarkan surat

tawaran/mengisi borang rayuan jika ada.Jangan lupa bawa surat
tawaran.
c. 16 Disember 2009 – Rayuan dibuat di Sekolah Menengah masing-masing

Wednesday, November 18, 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG SINTOK
13100 PENAGA
KEPALA BATAS
TEL/FAX: 04-5753907




Ruj.kami: skps/hem/02/01/(2009)

Tarikh : 11 NOVEMBER 2009

Tuan/Puan:

IBU/BAPA/WARIS

CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2009 DAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2010
Saya dengan hormatnya merujuk perkara tersebut di atas

2. Untuk makluman tuan ,sekolah akan mula bercuti pada 21.11.2009 hingga 3.1.2010.Sekolah akan dibuka semula sesi pembelajaran pada 4.1.2010, hari Isnin.

3. Waktu sesi persekolahan Tahun 2010 bagi murid Tahun 1,4,5,dan 6 bermula dari jam 7.35 pagi hingga 1.00 petang dan bagi murid Tahun 2 dan 3 bermula dari jam 1.05 petang hingga 6.30 petang.

4. Sebelum cuti sekolah pihak sekolah telah mengedarkan buku teks pinjaman kepada anak/jagaan tuan. Pihak sekolah berharap tuan/puan dapat menasihati anak/jagaan supaya membalut buku dengan plastik dan menjaganya dengan baik.

5. Bersama surat ini diedarkan Senarai Buku dan Keperluan Persekolahan Tahun 2010.Pihak tuan/puan hanya perlu membeli buku tulis dan Buku Kerja dari Kedai Buku sekolah pada hari Isnin 21 hingga Khamis 24 Disember 2009 mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


t.t

(KHRIUL AZIZI BIN KHALID PJM)
Penolong Kanan HEM
SK Permatang Sintok.

Wednesday, October 28, 2009

Kempen Kesedaran Demam Rhumatik




Pada 25 Oktober 2009,Pusat Perubatan USM dengan kerjasama Pusat Komuniti Kepala Batas dan SK Permatang Sintok telah menganjurkan Kempen Kesedaran Demam Rhumatik di SKPS. Kempen tersebut dirasmikan oleh Yang Berusaha Pegawai Pelajaran Daerah SPU, Tuan Haji Abu Bakar bin Muad.Antara aktviti yang dijalankan ialah Ceramah,Pameran,Pemeriksaan Kesihatan,Demontrasi Masakan, Kuiz,Pertandingan mewarna dan sebagainya.


HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009




Hari Anugerah Cemerlang 2009 Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok dilangsungkan secara gilang-gemilang pada 24 Oktober yang lalu.Majlis tersebut dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok, Tuan Haji Azhari bin Ahmad.

Monday, October 12, 2009

Kejohanan Liga Sofbol 11 tkb MSSPP

Pasukan sofbol SKPS 11 tahun kebawah di bawah pimpinan Pn Faizah Ismail , Pn. Roshaniza Khairuddin , Pn Noormezana Md Noor serta Cik Siti Sumira Mansor akan bertemu dengan pasukan ;
Sk Kg. Selamat di padang SKKSelamat pada 14 Oktober
SK Bandar Tasik Mutiara di sekolah berkenaan pada 21 Oktober
SKK.Batas di padang SKPSintok pada 28 Oktober
Semua pertandingan berlangsung pada 3.30 petang hingga 5.00 petang .

Sokongan semua pihak amat diperlukan bagi kesinambungan perjuangan pasukan 12 tkb yang telah pun berjaya menjadi juara negeri P. Pinang 2009 . - pkkk

Pidato Jemputan - Johan negeri P.Pinang

8 Okt 2009 - Persatuan Bahasa Melayu telah menjemput johan pidato negeri P.Pinang adik Nur Aqilah Bt Abd. Rahim dari tahun 6 Terbilang SK Sg. Dua untuk menyampaikan Pidato bertajuk Satu Bangsa Satu Negara di dewan sekolah SKP Sintok . Semua pelajar tahun 1 hingga 6 tergamam dengan kepetahan Nur Aqilah menyampaikan hujah-hujah bernas serta menjawab soalan spontan yang dikemukakan oleh Pengacara Pn Hjh Mazilah Bt. Hj. Muhammad. Terdahulu En Khriul Azizi Khalid PJM , Penolong Kanan Hem dalam ucapan perasmiannya berharap murid-murid SKPS dalam mempelajarai dan mencontohi bakat dan kebolehan serta usaha yang berjaya dilalui oleh pemidato tersebut . Pihak sekolah telah merakamkan ucapan 5 minit tersebut serta temu bual dengan murid berkenaan . Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut .

Thursday, October 8, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009



Seramai 606 orang murid SKPS ,menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2009(PKBS 11) yang berlangsung selama 3 hari mulai 6 Oktober hingga 8 Oktober 2009.

Penilaian Kemasukan Ke SMKA Pulau Pinang juga dilangsungkan pada 7 Oktober 2009 di Pusat Sumber sekolah.

Saturday, October 3, 2009

KURSUS MENCANTING BATIK

Pada 3 Oktober 2009, guru-guru Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok telah menjalani kursus mencanting batik yang diadakan di kantin sekolah. Kursus yang dikendalikan oleh Tuan Haji Seth bin Haji Mat Sudi,guru Pendidikan Seni Halus SMK Pokok Sena telah mendedahkan kepada peserta teknik melukis,mewarna dan memproses batik lukisan tangan.
Bagi para peserta, peluang mempelajari teknik membuat batik lukis ini tidak dilepaskan begitu saja.Berbagai bentuk lukisan dan kreativiti guru dapat dipamerkan selepas kursus tersebut.



Wednesday, September 16, 2009

AL FATIHAH

15 September 2009, seluruh warga pendidik khususnya warga SKPS berasa sedih di atas kepulangan ke Rahmatullah mantan PK HEM sekolah ini, Tuan Haji Bukhori bin Mohamad.
Allahyarham yang mula berkhidmat di SKPS pada 16 Oktober 2003 dan mengakhiri perkhidmatannya pada 31 Ogos 2008.

Sebelum Allahyarham berkhidmat di sekolah ini. beliau pernah berkhidmat di SMKA Al Irshad dan SMK paya Keladi.Allahyarham terkenal sebagai Guru Matematik yang berdedikasi dan kreatif.Ramai anak murid Allahyarham yang telah berjaya dalam bidang masing-masing hasil air tangan Allahyarham.

Semoga Roh Allahyarham ditempatkan bersama para solihin.

AL FATIHAH

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Sempena Sambutan hari Raya Aidil Fitri 1430 H, Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok akan bercuti mulai 19 hb September sehingga 27 Sepetember 2009.
Pihak pengurusan sekolah dengan rendah diri dan penuh keikhlasan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua guru,kakitangan,murid dan ibu bapa.
Kepada guru-guru dan murid-murid yang akan balik ke kampung halaman masing-masing, diucapkan selamat pergi dan selamat kembali.Semoga Aidil Fitri kali ini disambut dengan penuh keriangan,kegembiraan dan penuh kesyukuran.Selamat berjumpa sanak dan saudara dan bermaaf-maafan sesama kita.

Friday, September 4, 2009

UPSR 2009

Seramai 112 orang murid sekolah ini akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan diadakan pada 8,9, dan 10 September 2009.Pihak pengurusan sekolah,guru-guru,kakitangan dan ibubapa ingin mengucapkan "SELAMAT BERJUANG PUTERA DAN PUTERI SKPS".Semoga kalian berjaya dengan cemerlang.

Thursday, August 20, 2009

Tahniah Pasukan Taekwando SKPS

15 Ogos , Pasukan Taekwando sekolah telah menyertai pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan di Butterwoth yang terdiri 12 peserta telah berjaya membawa balik 9 pingat . 1 emas , 3 perak dan 5 gangsa . Tahniah kepada guru pembimbing , Pn Mathna , Pn Mazilah dan En Hassan Ali serta jurulatih Master Ch'ng . Penerima pingat juga telah diberi ganjaran lain sebagai galakan dan penghargaan , syabas . - PKKK .

Makluman PKKK - Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Penutupan Bulan Membaca Peringkat Sekolah

Program tersebut berlangsung seperti butiran berikut :

Tarikh : 21.8.09 ( Jumaat )
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Aktiviti :
1. Perarakan ringkas - pakaian unit uniform
2. Laungan Merdeka , lagu rasmi
3. Ucapan - perasmian penutupan Bulan Membaca
4. Pertandingan Lagu Patriotik
5. Penyampaian hadiah
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut dan ahlan wa sahlan ya Ramadhan .

Thursday, August 6, 2009

INFO TEKINI DARI PKHEM

1.Wabak Influenza A H1N1(selsema babi)
Setakat tarikh 6 Ogos 2009, seramai 14 orang telah meninggal dunia akibat wabak tersebut.Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak sekolah telah mewajibkan murid dan seluruh warga sekolah memiliki topeng(mask)dan pemeriksaan suhu badan secara rawak telah dijalankan.Murid juga dinasihatkan agar segera mendapat rawatan di klinik kesihatan kerajaan sahaja jika mengalami simptom-simpton seperti demam, batuk dan selsema.

2. Majlis Bacaa Yaasin Dan Solat Hajat Untuk Murid UPSR Tahun 2009

Tarikh : 20 OGOS 2009 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid Asy Syakirin, Permatang Sintok.
Waris Tahun 6 dijemput hadir.

3. Pendaftaran Ke Sekolah Menengah Berasrama Penuh Secara On Line
Dibuka kepada semua murid Tahun 6, SKPS. Pendaftaran dibuat secara on line melalui laman web htttp:\\www.moe.gov.my bermula dari 1 September sehingga 15 September 2009.Murid dikehendaki menyediakan salinan sijil kokurikulum peringkat yang tertinggi sebagai lampiran bersama borang yang dicetak. Murid boleh mendaptkan maklumat lebih lanjut dari PK HEM.

Tuesday, July 28, 2009

INFO DARI UNIT HEM

WABAK INFLUENZA A H1N1(SELSEMA BABI)

Wabak Selsema Babi yang berleluasa di dunia sekarang semakin menghampiri sekolah kita.Yang terbaru wabak tersebut dikesan di SJKC Ai Keow, Telok Air Tawar kira-kira 5 km dari sekolah kita.Wabak yang sangat merbahaya itu boleh merebak melalui udara(batuk dan bersin).

Jika warga sekolah ini mengalami demam,batuk,sakit tekak,sukar bernafas,sakit badan dan sakit kepala.Silalah mendapat rawatan dari doktor dengan segera.

Langkah-langkah pencegahan boleh dibuat dengan menggunakan tisu atau sapu tangan bersih bila batuk atau bersin,kerap mencuci tangan dan kalau boleh gunakan penutup mulut dan hidung.

Bagi pihak sekolah,Unit HEM mengambil langkah berjaga-jaga dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Influenza A H1N1 yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar.Pihak sekolah juga sering menghebahkan keadaan semasa penularan wabak tersebut dan langkah-langkah mencegahnya kepada murid dan warga sekolah.Pihak sekolah juga menyediakan bilik operasi yang diketuai oleh Ustazah Zubaidah bt Ismail.Bilik Operasi tersebut menyediakan kemudahan jangkasuhu untuk memeriksa tahap suhu badan seseorang dan juga topeng muka bagi yang memerlukannya.Sebaik-baiknya setiap orang harus menyediakan sendiri topeng tersebut.

Apa yang diharapkan agar langkah berjaga-jaga dan kesedaran di kalangan warga SKPS dapat mencegah penularan wabak tersebut di sekolah kita.Doa dan Tawakkal kita kepada Allah SWT adalah jalan yang terbaik untuk memohon perlindungan dari berlakunya wabak tersebut di sekolah kita.

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2009

Pada 25 dan 26 Julai yang baru lalu, seramai 82 orang murid yang terdiri dari pemimpin unit beruniform,persatuan,kelab dan permainan menyertai Kursus Kepimpinan Kokurikulum di Bendang Man Resort,Sik, Kedah.
Kursus yang diketuai oleh Tuan Hj. Md yusof bin Ahmad, PK Kokurikulum SKPS antara lain menyemai sifat berdikari,jatidiri,berkerjasama dan melahirkan sifat kepimpinan di kalangan peserta.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah,jungle trekking,latihan dalam kumpulan,solat berjemaah dan lain-lain lagi.
Penutupan kursus disempurnakan oleh Yang Berusaha MDH Zainalee bin Ibrahim, Guru Besar SKPS.Beliau berharap peserta dan guru-guru memperoleh manfaat dari kursus tersebut.

KURSUS BESTARI TAHUN 6 SKPS


Pada 3 dan 4 JULAI yang lalu,seramai 38 orang murid Tahun 6 menyertai Kursus Bestari Tahun 6 ,anjuran Unit HEM bagi meningkatkan semangat dan keyakinan murid untuk menghadapi UPSR pada bulan September 2009 nanti.
Pengisian kursus seperti ceramah motivasi oleh Tuan Hj. Hassan bin Ahmad, Guru Besar SK Kepala Batas,kuliah subuh oleh Ustaz Khairol Fitri bin Kiraman,dari DMW Kepala Batas telah banyak memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya ilmu dan kejayaan dalam peperiksaan.Selain itu murid juga dibimbing untuk menunaikan solat hajat,qiamullail dan solat berjemaah.
Kursus tersebut juga mendapat kerjasama di kalangan guru-guru yang sanggup berjaga malam serta menyediakan kemudahan makanan,tempat tidur ,dewan ceramah dan sebagainya.
Semoga program ini dapat manfaat dan diteruskan di masa-masa akan datang.

Friday, July 10, 2009

KECEMERLANGAN SEPAK TAKRAW DAN BOLA BALING BAWAH 11 TAHUN SKPS

Pasukan Sepak Takraw dan Bola baling meneruskan kecemerlangan selaku pasukan yang digeruni di Daerah Seberang Perai Utara apabila memenangi Pertandingan Sepak Takraw dan Bola Baling Pembangunan Bawah 11 Tahun Zon Kepala Batas pada 4 JUN lepas.
Pasukan Sepak Takraw telah menjadi JOHAN antara regu dan mewakili Zon Kepala Batas ke peringkat negeri.

Disamping itu pasukan Bola Baling SKPS telah berjaya menjadi JOHAN dan NAIB JOHAN bagi acara lelaki dan perempuan dalam kejohanan tersebut dan juga akan mewakili Zon Kepala Batas di peringkat negeri.

Kejayaan pasukan-pasukan tersebut memberi gambaran Pasukan Sepak Takraw dan Pasukan Bola Baling SKPS akan menjadi pasukan kuat dalam menghadapi cabaran kejohanan MSSSPP tahun 2010.

SYABAS PKKK, GURU-GURU DAN AHLI PASUKAN
.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERLIS DAN KUALA LUMPUR

Pada 2 JUN 2009 seramai 40 orang guru dan kakitangan SKPS telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Perlis Indera Kayangan.Rombongan yang diketuai oleh PK 1, Tuan Hj. Abdul Hamid bin Ahmad bertujuan menambahkan ilmu pengetahuan kepada ahli rombongan serta dapat mengeratkan perhubungan sesama guru dan staf.Antara tempat lawatan yang dikunjungi ialah Kilang HPA di Jejawi dan Ladang Anggur di Bukit Batu Pahat, Perlis.Jadual lawatan pada hari itu diakhiri dengan para peserta rombongan membeli belah di kawasan bebas cukai Padang Besar.

Pada 19,20 dan 21 JUN 2009 pula seramai 25 orang guru dan ahli keluarga telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Putrajaya dan Kuala Lumpur yang juga diketuai oleh PK1, SKPS.Antara aktiviti sepanjang lawatan itu ialah melawat sekitar Putrajaya sambil menaiki bot,Aquaria serta tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.Lawatan anjuran Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan itu menginap di KL International turut mengunjungi kawasan membeli belah utama di Kuala Lumpur seperti Jalan Tunku Abdul Rahman,Masjid India dan Pasraya SOGO.

Saturday, May 23, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE TIGA

23 MEI 2009- Demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan mewujudkan semangat kerja berpasukan, pihak Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)kali ke 3 yang bertemakan "Pemantapan Kerja Berpasukan".LDP kali ini dikendalikan oleh Pakar Motivasi dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Tuan Hj. Johari bin Arifin.LDP selama sehari ini menekankan kepentingan kerja dalam satu pasukan agar Visi dan Misi sekolah tercapai selain mewujudkan semangat persaudaraan dan kesoronokan berkerja.

Antara aktiviti lain yang diselitkan dalam LDP kali ini ialah Sesi Bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, Taklimat PTK, dan penerangan tentang program lawatan sambil belajar ke Sabah.

Kesimpulannya, LDP selama sehari ini adalah berjaya dan sangat bermanfaat kepada guru-guru SKPS.

Saturday, May 16, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KEDUA

16 Mei- Walaupun di dalam cuti dan dalam suasana sambutan Hari Guru,seramai 40 orang guru SKPS menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali kedua yang diadakan di Makmal Komputer sekolah. Kursus yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai Encik Zurhan Bakar menitik beratkan kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru di sekolah ini.

Pengajaran melalui aktiviti-aktiviti yang menarik menyebabkan guru-guru, terutamanya guru yang bukan mengajar PPSMI lebih berani dan berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

LDP kali kedua adalah kesinambungan LDP kali pertama yang diadakan di Kem Kenari Kampung Acheh, Yan, Kedah.

LDP kali ini juga mendedahkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) yang disampaikan oleh Tuan Haji Abd Hamid bin Hj Ahmad, PK 1 sekolah ini.Dengan slogan CERMAT TIBA SELAMAT ,guru-guru didedahkan dengan tatacara perlaksanaan PKJR terutama di kalangan murid Tahun 2 dan 4.

LDP yang tamat pada jam 2.30 petang di akhiri dengan jamuan sempena Hari Guru.

SELAMAT HARI GURU KE 38

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Thursday, May 7, 2009

Wednesday, May 6, 2009


Kenangan di Tanjung Piai, Johor.

Pentadbir Sekolah

M.D.H ZAINALEE BIN IBRAHIM
GURU BESAR

TUAN HAJI ABD HAMID BIN HAJI AHMAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

ENCIK KHRIUL AZIZI BIN KHALID PJM
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

TUAN HAJI MD YUSOF BIN AHMAD
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Tuesday, May 5, 2009

TINTA PK HEM


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualiakum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog sekolah ini.Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, M.D.H Zainalee bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Abd Hamid bin Hj. Ahmad dan barisan pendidik SKPSintok kerana memberi kerjasama dan dorongan untuk saya melaksanakan laman blog sekolah ini.Inilah cara untuk kita mempromosikan diri kita di khalayak umum kerana masih ada yang tidak mengetahui kewujudan SK Permatang Sintok.
Walaupun penghasilan blog yang tidak seberapa, sekurang-kurangnya ia menjadi titik permulaan untuk kita melangkah dengan lebih jauh lagi dengan pembinaan laman web dan sebagainya.Apa yang diharapkan agar warga sekolah dapat memberi kerjasama dalam bentuk bahan,berita,gambar dan sebagainya untuk dimuatkan di dalam blog ini.
Sebagai berkongsi kejayaan, di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pasukan Sofbol menjadi Johan Negeri dan Pasukan Bola Baling telah berjaya menjadi Naib Johan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini,serta kejayaan Pasukan Action Song,Tilawah Al Quran dan beberapa lagi pasukan sekolah dalam pertandingan yang disertai.Didoakan agar warga pendidik serta staff sokongan sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira untuk mencurahkan tenaga dan bakti demi kejayaan anak-anak murid di SKPSintok.

Khriul Azizi bin Khalid PJM
Pen. Kanan HEM
SK Ptg Sintok.