Thursday, December 29, 2011

SKPS DAPAT PKHEM BARU

Ustaz Khairul Azizi bin Hj. Khalid

(16 September 2008-14 Dis 2011)

Adalah dimaklumkan bahawa khidmat saya Ustaz Khairul Azizi bin Khalid sebagai PKHEM SKPS telah berakhir pada 15 Disember 2011 yang lalu.Tempat saya akan digantikan dengan PKHEM yang baru iaitu Puan Siti Rokiah bt. Abdullah dari SK Kepala Batas.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar,Pn. Hadiah bt Md. Rasid,PK1 Pn. Sharifah bt Khalid,PKKK Tn. Hj. Md. Yusoff bin Ahmad,P.Petang Pn. Rohani bt Saad,Barisan JK HEM,guru-guru,kakitangan,bekas-bekas Guru Besar(En. MDH Zainalee bin Ibrahim dan En.Md Jan bin Din)bekas PK1(Tn. Hj.Abd.Hamid bin Ahmad)bekas-bekas guru SKPS,PIBG,murid-murid,ibubapa dan seluruh warga SKPS yang banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang berada di SKPS dan memohon jutaan kemaafan kepada semua jika saya melukakan hati semua dan tindak tanduk yang tidak menyenangkan.
Harapan saya agar semua akan memberikan kerjasama yang penuh kepada PKHEM baru dan sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan SKPS dalam apa jua bidang.
Walaupun tidak berkhidmat lagi di SKPS saya masih menjadi ahli PIBG kerana masih ada seorang lagi anak saya yang akan berada di sini. Wassalam.