Wednesday, March 30, 2011

Monday, March 28, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP ZON KEPALA BATAS.

Bertempat di Stadium Olahraga Bertam,Kepala Batas pada 22-24 hb Mac 2011,pasukan olahraga SKPS di bawah tunjuk ajar dan bimbingan Tuan Haji Ruzihan dan Cik Fairuz Liyana telah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan oleh seluruh warga sekolah.

Pasukan sekolah telah berjaya merangkul 2 emas. 1 perak dan 1 gangsa pada kejohanan itu.Emas olahraga dikutip oleh Siti Nur Farisya bt Mohd Jamil(lontar peluru) dan Muhammad Fitri b. Mat Radhi(lompat tinggi).Manakala perak di perolehi oleh Siti Nur Farisya dalam acara lompat jauh dan gangsa oleh Norfarhanim dalam acara lompat tinggi.

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2011

22-24 Mac 2011- Seramai 3 orang pemain sepak takraw SKPS telah mengambil bahagian mewakili Zon kepala Batas dalam Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Peringkat negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Dewan SMK Desa Murni,Butterworth.

Pemain-pemain tersebut ialah Muhamad Fitri bin Anuar(Apit kanan),Muhamad Shakirin bin Roslan(Apit Kiri) dan Muhamad Syariffudin b Suhaimi (Tekong).

Kejayaan pasukan menjadi Johan bagi Acara Berpasukan dan Acara Regu adalah pencapaian terbaik pemain-pemain SKPS selama menyertai kejohanan ini.Tahun lepas mereka hanya berjaya menduduki Naib Johan peringkat negeri.

Tahniah diucapkan kepada pengurus,jurulatih dan pemain-pemain pasukan sepak takraw SKPS.