Saturday, March 20, 2010

LAWATAN KE SABAH

Pada 14 Mac hingga 18 Mac 2010,seramai 64 orang guru dan kakitangan sekolah bersama ahli keluarga mereka mengadakan lawatan ke Sabah diketuai oleh Puan Afidah Hanim Othman dan Puan Zubaidah Ismail.Lawatan yang meggunakan penerbangan Air Asia menjadikan beberapa destinasi menarik sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang sebagai tempat yang ditujui.Para peserta lawatan menginap di BTN Kundasang,Lembaga Urusan Tabung Haji Kota Kinabalu dan Ruby Inn.
Selain menikmati pemandangan yang indah di tempat yang dilawati,berbagai cenderamata dibeli untuk dibawa pulang bagi diberikan untuk keluarga yang tersayang.
Para peserta lawatan berasa teruja dan sangat berpuas hati di atas penganjuran lawatan kali ini.



LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU

LAPANGAN TERBANG BAYAN LEPAS

LAPANGAN TERBANG BAYAN LEPAS

BEREHAT SEBENTAR DI PINTU MASUK MUZIUM NEGERI SABAH

PK HEM BERSAMA JUARA RAJA LAWAK ASTRO ,KUMPULAN KECIK"ASAL DARI KAMPUNG" DI DATARAN IKAN BAKAR KK..

MENIKMATI SARAPAN DI RUBY INN,KOTA KINABALU.

MAKAN TENGAHARI DI TANJUNG ARU

MAKAN TENGAHARI DI TANJUNG ARU SECARA BUFFET..

BERGAMBAR DI PEKAN NABALU BERLATAR BELAKANGKAN GUNUNG KINABALU.

UDARA SEJUK DI KEM BTN, KUNDASANG

SEPERTI BIASA,TRADISI BTN LEPAS MAKAN BASUH PINGGAN SENDIRI.

BERGAMBAR DI PORING

KETUA ROMBONGAN TIDAK KETINGGALAN MEMBELI GELANG DI BAZAR PHILIPHINE

MEMBELI BELAH MUTIARA DAN KRISTAL DI BAZAR PHILIPHINE
SEDANG MEMILIH CINCIN DI BAZAR PHILIPHINE

BERSANTAI DI MENARA TUN MUSTAPHA

DI PINTU MASUK PUSAT PELIHARAAN HIDUPAN LIAR,LOK KAWI

Friday, March 19, 2010

Friday, March 12, 2010

BARISAN PENDIDIK SKPS 2010

PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT SKPS 2010

12 MAC 2010-Pertandingan Merentas Desa SKPS dimulakan pada jam 7.40 pagi dimulai dengan perhimpunan pagi, senamrobik dan taklimat oleh SU Sukan SKPS,En. Omar bin Osman.Pertandingan merentas desa ini disertai oleh murid Tahun 4,5, dan 6.Manakala bagi murid Pra Sekolah dan Tahap 1 mereka menyertai Pertandingan Mini Futsal dan Mini Bola Jaring.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohamad Jan bin Din.
Tuan Guru Besar merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan(diketuai Tuan Haji Md Yusof-PKKK)kerana bertungkus lumus menjayakan aktiviti tersebut dan ucapan tahniah kepada murid-murid yang berjaya.

Perlawanan Mini Futsal diadili oleh En. MN Hashriq, Pengadil Futsal FIFA.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar di dewan sekolah.

Gelagat murid Pra Sekolah yang mengambil bahagian.

Pencatat mendengar taklimat dari SU Sukan, En. Omar b Osman.

Murid Pra Sekolah perempuan bertanding dalam acara Mini Bola Jaring....ada bakat tu..

Pertandingan Mini Futsal antara murid Pra Sekolah menjadi perhatian..


Peserta sedang berlari di atas tali air di belakang sekolah.


Peserta dilepaskan oleh Tuan Guru Besar..

Friday, March 5, 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431h PERINGKAT SEKOLAH

4 Mac 2010-Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah dimulakan dengan perarakan oleh seluruh warga sekolah yang diketuai Tuan Guru Besar, EncikMohamad Jan bin Din.Perarakan yang diiringi dengan Solawat dan sepanduk itu, bermula di perkarangan sekolah hingga ke Masjid Permatang Sintok.
Sambutan Maulidurrasul yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam juga diselitkan dengan Ceramah Agama oleh Ustaz Tuan Haji Ramli bin Shafie ,bekas Pengetua SMKA Al Mashoor(L).Majlis diakhiri dengan majlis jamuan kepada seluruh warga sekolah.