Saturday, May 23, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE TIGA

23 MEI 2009- Demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan mewujudkan semangat kerja berpasukan, pihak Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)kali ke 3 yang bertemakan "Pemantapan Kerja Berpasukan".LDP kali ini dikendalikan oleh Pakar Motivasi dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Tuan Hj. Johari bin Arifin.LDP selama sehari ini menekankan kepentingan kerja dalam satu pasukan agar Visi dan Misi sekolah tercapai selain mewujudkan semangat persaudaraan dan kesoronokan berkerja.

Antara aktiviti lain yang diselitkan dalam LDP kali ini ialah Sesi Bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, Taklimat PTK, dan penerangan tentang program lawatan sambil belajar ke Sabah.

Kesimpulannya, LDP selama sehari ini adalah berjaya dan sangat bermanfaat kepada guru-guru SKPS.

Saturday, May 16, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KEDUA

16 Mei- Walaupun di dalam cuti dan dalam suasana sambutan Hari Guru,seramai 40 orang guru SKPS menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali kedua yang diadakan di Makmal Komputer sekolah. Kursus yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai Encik Zurhan Bakar menitik beratkan kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru di sekolah ini.

Pengajaran melalui aktiviti-aktiviti yang menarik menyebabkan guru-guru, terutamanya guru yang bukan mengajar PPSMI lebih berani dan berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

LDP kali kedua adalah kesinambungan LDP kali pertama yang diadakan di Kem Kenari Kampung Acheh, Yan, Kedah.

LDP kali ini juga mendedahkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) yang disampaikan oleh Tuan Haji Abd Hamid bin Hj Ahmad, PK 1 sekolah ini.Dengan slogan CERMAT TIBA SELAMAT ,guru-guru didedahkan dengan tatacara perlaksanaan PKJR terutama di kalangan murid Tahun 2 dan 4.

LDP yang tamat pada jam 2.30 petang di akhiri dengan jamuan sempena Hari Guru.

SELAMAT HARI GURU KE 38

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Thursday, May 7, 2009

Wednesday, May 6, 2009


Kenangan di Tanjung Piai, Johor.

Pentadbir Sekolah

M.D.H ZAINALEE BIN IBRAHIM
GURU BESAR

TUAN HAJI ABD HAMID BIN HAJI AHMAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

ENCIK KHRIUL AZIZI BIN KHALID PJM
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

TUAN HAJI MD YUSOF BIN AHMAD
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Tuesday, May 5, 2009

TINTA PK HEM


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualiakum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog sekolah ini.Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, M.D.H Zainalee bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Abd Hamid bin Hj. Ahmad dan barisan pendidik SKPSintok kerana memberi kerjasama dan dorongan untuk saya melaksanakan laman blog sekolah ini.Inilah cara untuk kita mempromosikan diri kita di khalayak umum kerana masih ada yang tidak mengetahui kewujudan SK Permatang Sintok.
Walaupun penghasilan blog yang tidak seberapa, sekurang-kurangnya ia menjadi titik permulaan untuk kita melangkah dengan lebih jauh lagi dengan pembinaan laman web dan sebagainya.Apa yang diharapkan agar warga sekolah dapat memberi kerjasama dalam bentuk bahan,berita,gambar dan sebagainya untuk dimuatkan di dalam blog ini.
Sebagai berkongsi kejayaan, di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pasukan Sofbol menjadi Johan Negeri dan Pasukan Bola Baling telah berjaya menjadi Naib Johan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini,serta kejayaan Pasukan Action Song,Tilawah Al Quran dan beberapa lagi pasukan sekolah dalam pertandingan yang disertai.Didoakan agar warga pendidik serta staff sokongan sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira untuk mencurahkan tenaga dan bakti demi kejayaan anak-anak murid di SKPSintok.

Khriul Azizi bin Khalid PJM
Pen. Kanan HEM
SK Ptg Sintok.