Thursday, July 21, 2011

PROGRAM SAHSIAH KOKURIKULUM SKPS 2011

Penceramah jemputan Encik Azizan bin Ismail-Pegawai Unit Kokurikulum JPN Pulau Pinang
Aktiviti bersama murid




Thursday, July 14, 2011

MINGGU SAINS SKPS 2011

14 Julai 2011, majlis perasmian Makmal Sains SKPS setelah dibaik pulih dan distruktur semula telah disempurnakan oleh En. Khairul Azizi bin Khalid,PKHEM SKPS mewakili tuan guru besar yang baru bersara.Perasmian makmal tersebut berlangsung serentak dengan Minggu Sains SKPS.Pelbagai acara dilangsungkan sepanjang minggu tersebut antaranya pameran,kuiz dan sebagainya.
































Friday, July 8, 2011

HARI PERJUMPAAN DENGAN WARIS DAN MENANDATANGANI BUKU PELAPORAN KEMAJUAN MURID TAHUN 6 ,2011

8 Julai, pihak sekolah telah menjemput ibubapa murid Tahun 6 untuk hadir bagi bertemu dengan guru-guru dan menandatangani buku pelaporan kemajuan.Ia bertujuan untuk membolehkan ibubapa mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak serta dapat berbincang dan mengambil tindakan bagi membantu anak-anak meningkatkan mutu pelajaran mereka seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR yang akan datang.



LAWATAN KERJA KE RTM ALOR SETAR

7 Julai,seramai 40 orang guru dan kakitangan sekolah telah mengikuti Lawatan Kerja ke RTM Alor Setar atau lebih dikenali sebagai Kedah FM.Ia bertujuan menetahui dan mempelajari pengoperasian dan penerbitan sesuatu rancangan di radio mahupun di televisyen.
Kehadiran peserta disambut dan diberi penerangan oleh saudara Rizal,juruhebah Kedah FM.Antara unit yang dilawati ialah Unit Pentadbiran,Unit Penerbitan Dan Rancangan Unit Rakam Khanah dan Unit Berita dan hal Ehwal Semasa.
Peserta juga diberi peluang melihat bagaimana sesuatu rancangan dikeudarakan melalui konti dan bilik bacaan berita.
Pada sebelah petangnya,para peserta dibawa melawat Pusat Perniagaan dan Kegiatan Ekonomi Padang Besar di Perlis.

Peserta yang mengikuti Lawatan Kerja ke RTM Alor Setar



Bergambar kenangan di auditorium RTM Alor Setar.
Segmen "Jejak Kasih"
Bersama dengan salah seorang kakitangan RTM



Pembaca berita pencen.






Mendengar taklimat dan penerangan dengan penuh minat



Kyusyuk menghayati suara deejay Rizal

Inilah Deejay Rizal dari Kedah FM









sedang sibuk membeli cadar

Taklimat ringkas dari usahawanita Arked Padang Besar(2 dari kiri)

Wednesday, July 6, 2011

SAMBUTAN HARI PERSARAAN TUAN GURU BESAR

6 Julai 2011,seluruh warga sekolah memberikan penghormatan kepada En. Mohamad Jan bin Din yang akan bersara pada 9 Julai 2011 setelah berkhidmat sebagai guru selama 32 tahun.Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin yang diketuai oleh YDP PIBG,Tuan Haji Azhari bin Haji Ahmad,ucapan dan persembahan guru dan murid.
Majlis tersebut juga diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Majlis Guru Besar Pulau Pinang,Tn. Hj. Abd Rahman bin Yahya dan Setiausaha MGB Kebangsaan, En. Kamaruzaman bin Salim.
Kepada Cikgu Md. Jan,seluruh warga sekolah mengucapkan SELAMAT BERSARA dan berbahagia bersama keluarga.
Punch Card buat kali terakhirnya menandakan tamatnya tugas sebagai pegawai kerajaan selama 32 tahun.

Ucapan terakhir Tuan Guru Besar





Menerima Cenderahati dari Tn.Hj. Abd Rahman

Memotong pulut kuning

Bacaan sajak dari PK Kokurikulum

PK HEM mendendangkan lagu BERITA BUAT KAWAN

Tuesday, July 5, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN DAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPS 2011

Larian 1 Murid ,1 Sukan dan Sukan Tahunan SKPS 2011 telah berlangsung pada 2 JULAI 2011,bertempat di padang sekolah.Kejohanan sukan pada tahun ini dirasmikan oleh Encik Adnan bin Idris,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah SPU.
Menariknya kejohanan kali ini ialah ia merupakan program sekolah yang terakhir buat Tuan Guru Besar,Encik Mohamad Jan bin Din yang akan bersara pada 8 Julai 2011.

Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar

Bacaan Ikrar Kejohanan oleh Ketua Murid