Saturday, May 16, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KEDUA

16 Mei- Walaupun di dalam cuti dan dalam suasana sambutan Hari Guru,seramai 40 orang guru SKPS menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali kedua yang diadakan di Makmal Komputer sekolah. Kursus yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai Encik Zurhan Bakar menitik beratkan kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru di sekolah ini.

Pengajaran melalui aktiviti-aktiviti yang menarik menyebabkan guru-guru, terutamanya guru yang bukan mengajar PPSMI lebih berani dan berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

LDP kali kedua adalah kesinambungan LDP kali pertama yang diadakan di Kem Kenari Kampung Acheh, Yan, Kedah.

LDP kali ini juga mendedahkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) yang disampaikan oleh Tuan Haji Abd Hamid bin Hj Ahmad, PK 1 sekolah ini.Dengan slogan CERMAT TIBA SELAMAT ,guru-guru didedahkan dengan tatacara perlaksanaan PKJR terutama di kalangan murid Tahun 2 dan 4.

LDP yang tamat pada jam 2.30 petang di akhiri dengan jamuan sempena Hari Guru.

SELAMAT HARI GURU KE 38

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

No comments:

Post a Comment