Wednesday, July 6, 2011

SAMBUTAN HARI PERSARAAN TUAN GURU BESAR

6 Julai 2011,seluruh warga sekolah memberikan penghormatan kepada En. Mohamad Jan bin Din yang akan bersara pada 9 Julai 2011 setelah berkhidmat sebagai guru selama 32 tahun.Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin yang diketuai oleh YDP PIBG,Tuan Haji Azhari bin Haji Ahmad,ucapan dan persembahan guru dan murid.
Majlis tersebut juga diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Majlis Guru Besar Pulau Pinang,Tn. Hj. Abd Rahman bin Yahya dan Setiausaha MGB Kebangsaan, En. Kamaruzaman bin Salim.
Kepada Cikgu Md. Jan,seluruh warga sekolah mengucapkan SELAMAT BERSARA dan berbahagia bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment