Friday, July 8, 2011

LAWATAN KERJA KE RTM ALOR SETAR

7 Julai,seramai 40 orang guru dan kakitangan sekolah telah mengikuti Lawatan Kerja ke RTM Alor Setar atau lebih dikenali sebagai Kedah FM.Ia bertujuan menetahui dan mempelajari pengoperasian dan penerbitan sesuatu rancangan di radio mahupun di televisyen.
Kehadiran peserta disambut dan diberi penerangan oleh saudara Rizal,juruhebah Kedah FM.Antara unit yang dilawati ialah Unit Pentadbiran,Unit Penerbitan Dan Rancangan Unit Rakam Khanah dan Unit Berita dan hal Ehwal Semasa.
Peserta juga diberi peluang melihat bagaimana sesuatu rancangan dikeudarakan melalui konti dan bilik bacaan berita.
Pada sebelah petangnya,para peserta dibawa melawat Pusat Perniagaan dan Kegiatan Ekonomi Padang Besar di Perlis.

No comments:

Post a Comment