Friday, December 31, 2010

HARI ORIENTASI MURID-MURID TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2011

31 Dis 2010-Kesempatan cuti umum sempena kemenangan Skuad Bola sepak Malaysia di dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki yang diumumkan oleh Perdana Menteri telah digunakan oleh ibubapa bagi menghadiri hari orientasi tersebut bersama anak-anak mereka.
Majlis yang bermula jam 8.00 pagi itu diisi dengan taklimat perjalanan pembelajaran Murid Tahun 1 dan PraSekolah untuk tahun 2011 oleh En. Khairul Azizi,Penolong Kanan HEM dan En. Mohamad Jan bin Din,Tuan Guru Besar SKPS.
Bagi aktiviti murid pula,mereka ditempatkan di dalam kelas masing-masing sambil diawasi oleh guru-guru kelas yang turut hadir bagi menjayakan hari orientasi tersebut.
Dalam ucapannya, Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir menjayakan program tersebut dan penghargaan kepada guru-guru yang sanggup mengorbankan masa cuti umum bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment