Wednesday, May 5, 2010

PERSARAAN PUAN HAJAH RAFIAH BT OTHMAN


5 MEI 2010-Kelab Guru Dan Kakitangan (KKGS) serta murid-murid SK Permatang Sintok meraikan persaraan Puan Hajah Rafiah bt Othman secara besar-besaran kerana mengenangkan jasa yang ditabur oleh beliau selama berkhidmat di sekolah ini selama lebih kurang 30 tahun.
Puan Hajah Rafiah merupakan staf sekolah yang paling lama pernah berkhidmat di sekolah ini.Beliau memulakan khidmat di sekolah ini pada tarikh 15 September 1980.
Kepada Puan Hajah Rafiah, seluruh warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kerana khidmat cemerlang beliau di sekolah ini.Semoga beliau sentiasa sihat dan hidup dalam keadaan gembira selepas bersara.

No comments:

Post a Comment