Friday, July 8, 2011

LAWATAN KERJA KE RTM ALOR SETAR

7 Julai,seramai 40 orang guru dan kakitangan sekolah telah mengikuti Lawatan Kerja ke RTM Alor Setar atau lebih dikenali sebagai Kedah FM.Ia bertujuan menetahui dan mempelajari pengoperasian dan penerbitan sesuatu rancangan di radio mahupun di televisyen.
Kehadiran peserta disambut dan diberi penerangan oleh saudara Rizal,juruhebah Kedah FM.Antara unit yang dilawati ialah Unit Pentadbiran,Unit Penerbitan Dan Rancangan Unit Rakam Khanah dan Unit Berita dan hal Ehwal Semasa.
Peserta juga diberi peluang melihat bagaimana sesuatu rancangan dikeudarakan melalui konti dan bilik bacaan berita.
Pada sebelah petangnya,para peserta dibawa melawat Pusat Perniagaan dan Kegiatan Ekonomi Padang Besar di Perlis.

Peserta yang mengikuti Lawatan Kerja ke RTM Alor Setar



Bergambar kenangan di auditorium RTM Alor Setar.
Segmen "Jejak Kasih"
Bersama dengan salah seorang kakitangan RTM



Pembaca berita pencen.






Mendengar taklimat dan penerangan dengan penuh minat



Kyusyuk menghayati suara deejay Rizal

Inilah Deejay Rizal dari Kedah FM









sedang sibuk membeli cadar

Taklimat ringkas dari usahawanita Arked Padang Besar(2 dari kiri)

Wednesday, July 6, 2011

SAMBUTAN HARI PERSARAAN TUAN GURU BESAR

6 Julai 2011,seluruh warga sekolah memberikan penghormatan kepada En. Mohamad Jan bin Din yang akan bersara pada 9 Julai 2011 setelah berkhidmat sebagai guru selama 32 tahun.Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin yang diketuai oleh YDP PIBG,Tuan Haji Azhari bin Haji Ahmad,ucapan dan persembahan guru dan murid.
Majlis tersebut juga diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Majlis Guru Besar Pulau Pinang,Tn. Hj. Abd Rahman bin Yahya dan Setiausaha MGB Kebangsaan, En. Kamaruzaman bin Salim.
Kepada Cikgu Md. Jan,seluruh warga sekolah mengucapkan SELAMAT BERSARA dan berbahagia bersama keluarga.