Thursday, August 20, 2009

Tahniah Pasukan Taekwando SKPS

15 Ogos , Pasukan Taekwando sekolah telah menyertai pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan di Butterwoth yang terdiri 12 peserta telah berjaya membawa balik 9 pingat . 1 emas , 3 perak dan 5 gangsa . Tahniah kepada guru pembimbing , Pn Mathna , Pn Mazilah dan En Hassan Ali serta jurulatih Master Ch'ng . Penerima pingat juga telah diberi ganjaran lain sebagai galakan dan penghargaan , syabas . - PKKK .

Makluman PKKK - Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Penutupan Bulan Membaca Peringkat Sekolah

Program tersebut berlangsung seperti butiran berikut :

Tarikh : 21.8.09 ( Jumaat )
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Aktiviti :
1. Perarakan ringkas - pakaian unit uniform
2. Laungan Merdeka , lagu rasmi
3. Ucapan - perasmian penutupan Bulan Membaca
4. Pertandingan Lagu Patriotik
5. Penyampaian hadiah
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut dan ahlan wa sahlan ya Ramadhan .

Thursday, August 6, 2009

INFO TEKINI DARI PKHEM

1.Wabak Influenza A H1N1(selsema babi)
Setakat tarikh 6 Ogos 2009, seramai 14 orang telah meninggal dunia akibat wabak tersebut.Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak sekolah telah mewajibkan murid dan seluruh warga sekolah memiliki topeng(mask)dan pemeriksaan suhu badan secara rawak telah dijalankan.Murid juga dinasihatkan agar segera mendapat rawatan di klinik kesihatan kerajaan sahaja jika mengalami simptom-simpton seperti demam, batuk dan selsema.

2. Majlis Bacaa Yaasin Dan Solat Hajat Untuk Murid UPSR Tahun 2009

Tarikh : 20 OGOS 2009 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid Asy Syakirin, Permatang Sintok.
Waris Tahun 6 dijemput hadir.

3. Pendaftaran Ke Sekolah Menengah Berasrama Penuh Secara On Line
Dibuka kepada semua murid Tahun 6, SKPS. Pendaftaran dibuat secara on line melalui laman web htttp:\\www.moe.gov.my bermula dari 1 September sehingga 15 September 2009.Murid dikehendaki menyediakan salinan sijil kokurikulum peringkat yang tertinggi sebagai lampiran bersama borang yang dicetak. Murid boleh mendaptkan maklumat lebih lanjut dari PK HEM.

Tuesday, July 28, 2009

INFO DARI UNIT HEM

WABAK INFLUENZA A H1N1(SELSEMA BABI)

Wabak Selsema Babi yang berleluasa di dunia sekarang semakin menghampiri sekolah kita.Yang terbaru wabak tersebut dikesan di SJKC Ai Keow, Telok Air Tawar kira-kira 5 km dari sekolah kita.Wabak yang sangat merbahaya itu boleh merebak melalui udara(batuk dan bersin).

Jika warga sekolah ini mengalami demam,batuk,sakit tekak,sukar bernafas,sakit badan dan sakit kepala.Silalah mendapat rawatan dari doktor dengan segera.

Langkah-langkah pencegahan boleh dibuat dengan menggunakan tisu atau sapu tangan bersih bila batuk atau bersin,kerap mencuci tangan dan kalau boleh gunakan penutup mulut dan hidung.

Bagi pihak sekolah,Unit HEM mengambil langkah berjaga-jaga dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Influenza A H1N1 yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar.Pihak sekolah juga sering menghebahkan keadaan semasa penularan wabak tersebut dan langkah-langkah mencegahnya kepada murid dan warga sekolah.Pihak sekolah juga menyediakan bilik operasi yang diketuai oleh Ustazah Zubaidah bt Ismail.Bilik Operasi tersebut menyediakan kemudahan jangkasuhu untuk memeriksa tahap suhu badan seseorang dan juga topeng muka bagi yang memerlukannya.Sebaik-baiknya setiap orang harus menyediakan sendiri topeng tersebut.

Apa yang diharapkan agar langkah berjaga-jaga dan kesedaran di kalangan warga SKPS dapat mencegah penularan wabak tersebut di sekolah kita.Doa dan Tawakkal kita kepada Allah SWT adalah jalan yang terbaik untuk memohon perlindungan dari berlakunya wabak tersebut di sekolah kita.

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2009

Pada 25 dan 26 Julai yang baru lalu, seramai 82 orang murid yang terdiri dari pemimpin unit beruniform,persatuan,kelab dan permainan menyertai Kursus Kepimpinan Kokurikulum di Bendang Man Resort,Sik, Kedah.
Kursus yang diketuai oleh Tuan Hj. Md yusof bin Ahmad, PK Kokurikulum SKPS antara lain menyemai sifat berdikari,jatidiri,berkerjasama dan melahirkan sifat kepimpinan di kalangan peserta.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah,jungle trekking,latihan dalam kumpulan,solat berjemaah dan lain-lain lagi.
Penutupan kursus disempurnakan oleh Yang Berusaha MDH Zainalee bin Ibrahim, Guru Besar SKPS.Beliau berharap peserta dan guru-guru memperoleh manfaat dari kursus tersebut.