Tuesday, July 28, 2009

INFO DARI UNIT HEM

WABAK INFLUENZA A H1N1(SELSEMA BABI)

Wabak Selsema Babi yang berleluasa di dunia sekarang semakin menghampiri sekolah kita.Yang terbaru wabak tersebut dikesan di SJKC Ai Keow, Telok Air Tawar kira-kira 5 km dari sekolah kita.Wabak yang sangat merbahaya itu boleh merebak melalui udara(batuk dan bersin).

Jika warga sekolah ini mengalami demam,batuk,sakit tekak,sukar bernafas,sakit badan dan sakit kepala.Silalah mendapat rawatan dari doktor dengan segera.

Langkah-langkah pencegahan boleh dibuat dengan menggunakan tisu atau sapu tangan bersih bila batuk atau bersin,kerap mencuci tangan dan kalau boleh gunakan penutup mulut dan hidung.

Bagi pihak sekolah,Unit HEM mengambil langkah berjaga-jaga dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Influenza A H1N1 yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar.Pihak sekolah juga sering menghebahkan keadaan semasa penularan wabak tersebut dan langkah-langkah mencegahnya kepada murid dan warga sekolah.Pihak sekolah juga menyediakan bilik operasi yang diketuai oleh Ustazah Zubaidah bt Ismail.Bilik Operasi tersebut menyediakan kemudahan jangkasuhu untuk memeriksa tahap suhu badan seseorang dan juga topeng muka bagi yang memerlukannya.Sebaik-baiknya setiap orang harus menyediakan sendiri topeng tersebut.

Apa yang diharapkan agar langkah berjaga-jaga dan kesedaran di kalangan warga SKPS dapat mencegah penularan wabak tersebut di sekolah kita.Doa dan Tawakkal kita kepada Allah SWT adalah jalan yang terbaik untuk memohon perlindungan dari berlakunya wabak tersebut di sekolah kita.

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2009

Pada 25 dan 26 Julai yang baru lalu, seramai 82 orang murid yang terdiri dari pemimpin unit beruniform,persatuan,kelab dan permainan menyertai Kursus Kepimpinan Kokurikulum di Bendang Man Resort,Sik, Kedah.
Kursus yang diketuai oleh Tuan Hj. Md yusof bin Ahmad, PK Kokurikulum SKPS antara lain menyemai sifat berdikari,jatidiri,berkerjasama dan melahirkan sifat kepimpinan di kalangan peserta.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah,jungle trekking,latihan dalam kumpulan,solat berjemaah dan lain-lain lagi.
Penutupan kursus disempurnakan oleh Yang Berusaha MDH Zainalee bin Ibrahim, Guru Besar SKPS.Beliau berharap peserta dan guru-guru memperoleh manfaat dari kursus tersebut.

KURSUS BESTARI TAHUN 6 SKPS


Pada 3 dan 4 JULAI yang lalu,seramai 38 orang murid Tahun 6 menyertai Kursus Bestari Tahun 6 ,anjuran Unit HEM bagi meningkatkan semangat dan keyakinan murid untuk menghadapi UPSR pada bulan September 2009 nanti.
Pengisian kursus seperti ceramah motivasi oleh Tuan Hj. Hassan bin Ahmad, Guru Besar SK Kepala Batas,kuliah subuh oleh Ustaz Khairol Fitri bin Kiraman,dari DMW Kepala Batas telah banyak memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya ilmu dan kejayaan dalam peperiksaan.Selain itu murid juga dibimbing untuk menunaikan solat hajat,qiamullail dan solat berjemaah.
Kursus tersebut juga mendapat kerjasama di kalangan guru-guru yang sanggup berjaga malam serta menyediakan kemudahan makanan,tempat tidur ,dewan ceramah dan sebagainya.
Semoga program ini dapat manfaat dan diteruskan di masa-masa akan datang.

Friday, July 10, 2009

KECEMERLANGAN SEPAK TAKRAW DAN BOLA BALING BAWAH 11 TAHUN SKPS

Pasukan Sepak Takraw dan Bola baling meneruskan kecemerlangan selaku pasukan yang digeruni di Daerah Seberang Perai Utara apabila memenangi Pertandingan Sepak Takraw dan Bola Baling Pembangunan Bawah 11 Tahun Zon Kepala Batas pada 4 JUN lepas.
Pasukan Sepak Takraw telah menjadi JOHAN antara regu dan mewakili Zon Kepala Batas ke peringkat negeri.

Disamping itu pasukan Bola Baling SKPS telah berjaya menjadi JOHAN dan NAIB JOHAN bagi acara lelaki dan perempuan dalam kejohanan tersebut dan juga akan mewakili Zon Kepala Batas di peringkat negeri.

Kejayaan pasukan-pasukan tersebut memberi gambaran Pasukan Sepak Takraw dan Pasukan Bola Baling SKPS akan menjadi pasukan kuat dalam menghadapi cabaran kejohanan MSSSPP tahun 2010.

SYABAS PKKK, GURU-GURU DAN AHLI PASUKAN
.