Friday, February 25, 2011
Monday, February 21, 2011
PUTERI SKPS JUARA MERENTAS DESA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Sejarah tercipta di Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan pada 19 Februari 2011 di SMK Permatang Pasir,Permatang Pauh apabila NUR SYAKILA BT MUHD ZAKI berjaya merangkul juara peringkat umur 12 Tahun Ke Bawah.Beliau akan mewakili Pulau Pinang di Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan yang akan dilangsungkan di Kuching,Sarawak tidak lama lagi.
PASUKAN SEPAK TAKRAW SKPS MENJADI NAIB JOHAN ZON KEPALA BATAS
Pasukan Sepak Takraw berjaya menjadi Naib Johan Berpasukan di Kejohanan Sepak Takraw MSSSPP Zon Kepala Batas Bawah 12 Tahun yang berlangsung dari 14 hingga 18 Februari 2011 di SK Bertam Indah Kepala Batas.
Antara kejayaan pasukan sepak takraw tersebut ialah menewaskan SK Ara Rendang 2-0,SK Kg. Selamat 2-0,SK Tasek Gelugor 2-1(suku akhir),SK Pasir Gebu 2-0(separuh akhir) dan tewas kepada SK Kg Tok Bedor 1-2 di perlawanan akhir.
Turut membanggakan apabila Mohamad Fitri bin Anuar dipilih sebagai tekong terbaik sepanjang kejohanan.
Monday, February 7, 2011
SELAMAT DATANG PENOLONG KANAN PENTADBIRAN BARU

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG SINTOK MENDAPAT SEORANG PENOLONG KANAN PENTADBIRAN YANG BARU BAGI MENGGANTIKAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN YANG TELAH BERSARA,TUAN HAJI ABD HAMID BIN HAJI AHMAD.
PENOLONG KANAN YANG DIMAKSUDKAN IALAH PUAN SHARIFAH BINTI HAJI KHALID DARI SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM INDAH,KEPALA BATAS.
KEPADA PUAN SHARIFAH,SELURUH WARGA SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERKHIDMAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG SINTOK.
Sunday, January 23, 2011
PERINGATAN DAN MAKLUMAN KEPADA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH
Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada masa sekarang mula memantau sekolah-sekolah.Oleh itu guru-guru dan kakitangan sekolah ini diharap mengambil langkah persediaan untuk menerima kunjungan pihak terbabit.
Antara perkara yang pelru diambil berat ialah;
1. Buku Ringkasan Mengajar-diisi sepenuhnya dan takwim sekolah mesti diletakkan di dalamnya.
2. Menepati masa ke sekolah,masuk kelas dan sebagainya.
3. Fail-fail berkaitan kurikulum(panitia),Fail HEM(seperti yg dimaklumkan dalam mesyuarat 29 Disember 2010),fail kokurikulum dan lain-lain fail.
4. Kebersihan,keceriaan dan keselamatan sekitar sekolah perlu diambil perhatian.
5. Etika berpakaian semasa bertugas.(sila rujuk pekeliling)
6.Sentiasa bersedia apabila dipantau dan disoal tentang perkembangan pendidikan terkini contohnya KSSR,SPPK,MBI,MBM dsb.
Ikhlas dari PKHEM.

Subscribe to:
Posts (Atom)