Thursday, December 29, 2011

SKPS DAPAT PKHEM BARU

Ustaz Khairul Azizi bin Hj. Khalid

(16 September 2008-14 Dis 2011)

Adalah dimaklumkan bahawa khidmat saya Ustaz Khairul Azizi bin Khalid sebagai PKHEM SKPS telah berakhir pada 15 Disember 2011 yang lalu.Tempat saya akan digantikan dengan PKHEM yang baru iaitu Puan Siti Rokiah bt. Abdullah dari SK Kepala Batas.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar,Pn. Hadiah bt Md. Rasid,PK1 Pn. Sharifah bt Khalid,PKKK Tn. Hj. Md. Yusoff bin Ahmad,P.Petang Pn. Rohani bt Saad,Barisan JK HEM,guru-guru,kakitangan,bekas-bekas Guru Besar(En. MDH Zainalee bin Ibrahim dan En.Md Jan bin Din)bekas PK1(Tn. Hj.Abd.Hamid bin Ahmad)bekas-bekas guru SKPS,PIBG,murid-murid,ibubapa dan seluruh warga SKPS yang banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang berada di SKPS dan memohon jutaan kemaafan kepada semua jika saya melukakan hati semua dan tindak tanduk yang tidak menyenangkan.
Harapan saya agar semua akan memberikan kerjasama yang penuh kepada PKHEM baru dan sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan SKPS dalam apa jua bidang.
Walaupun tidak berkhidmat lagi di SKPS saya masih menjadi ahli PIBG kerana masih ada seorang lagi anak saya yang akan berada di sini. Wassalam.

Tuesday, October 18, 2011

MAJIS PELANCARAN MBM DAN MBI PERINGKAT SEKOLAH 19 OKTOBER 2011


BACAAN IKRAR OLEH CIKGU HASHIDI B HARUN

BARISAN GURU MENGIKUT BACAAN IKRAR

IKRAR DARI MURID-MURID

Tuesday, September 6, 2011

SELAMAT BERJUANG PUTERA DAN PUTERI SKPS

Pada 13,14,dan 15 September 2011,seramai 87 orang murid Tahun 6 akan menduduki UPSR 2011.Pihak pentadbir,guru-guru dan seluruh warga SKPS mendoakan semoga semua calon akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Kepada semua pihak yang bertungkus lumus menyediakan barisan pejuang-pejuang yang akan berjuang mengharumkan nama sekolah,diucapkan jutaan terima kasih.

Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432 H

Kepada Semua Warga Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok,sahabat-sahabat blog ini dan seluruh Muslimin dan Muslimat, pihak pentadbir sekolah mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL FITRI,MAAF ZAHRI DAN BATIN.Kepada Guru-guru,Staf-staf,ibubapa dan para sahabat yang akan pulang ke kampung atau ke mana sahaja destinasi sepanjang cuti hari raya ini, berhati-hatilah di jalan raya .Didoakan semoga bergembira dan berbahagia di hari raya ini.

Monday, August 1, 2011

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU


Bertukar dari SK Taman Merak,Simpang Ampat,Seberang Perai Selatan.

Thursday, July 21, 2011

PROGRAM SAHSIAH KOKURIKULUM SKPS 2011

Penceramah jemputan Encik Azizan bin Ismail-Pegawai Unit Kokurikulum JPN Pulau Pinang
Aktiviti bersama murid




Thursday, July 14, 2011

MINGGU SAINS SKPS 2011

14 Julai 2011, majlis perasmian Makmal Sains SKPS setelah dibaik pulih dan distruktur semula telah disempurnakan oleh En. Khairul Azizi bin Khalid,PKHEM SKPS mewakili tuan guru besar yang baru bersara.Perasmian makmal tersebut berlangsung serentak dengan Minggu Sains SKPS.Pelbagai acara dilangsungkan sepanjang minggu tersebut antaranya pameran,kuiz dan sebagainya.
































Friday, July 8, 2011

HARI PERJUMPAAN DENGAN WARIS DAN MENANDATANGANI BUKU PELAPORAN KEMAJUAN MURID TAHUN 6 ,2011

8 Julai, pihak sekolah telah menjemput ibubapa murid Tahun 6 untuk hadir bagi bertemu dengan guru-guru dan menandatangani buku pelaporan kemajuan.Ia bertujuan untuk membolehkan ibubapa mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak serta dapat berbincang dan mengambil tindakan bagi membantu anak-anak meningkatkan mutu pelajaran mereka seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR yang akan datang.