Sunday, January 23, 2011

PERINGATAN DAN MAKLUMAN KEPADA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada masa sekarang mula memantau sekolah-sekolah.Oleh itu guru-guru dan kakitangan sekolah ini diharap mengambil langkah persediaan untuk menerima kunjungan pihak terbabit.
Antara perkara yang pelru diambil berat ialah;
1. Buku Ringkasan Mengajar-diisi sepenuhnya dan takwim sekolah mesti diletakkan di dalamnya.
2. Menepati masa ke sekolah,masuk kelas dan sebagainya.
3. Fail-fail berkaitan kurikulum(panitia),Fail HEM(seperti yg dimaklumkan dalam mesyuarat 29 Disember 2010),fail kokurikulum dan lain-lain fail.
4. Kebersihan,keceriaan dan keselamatan sekitar sekolah perlu diambil perhatian.
5. Etika berpakaian semasa bertugas.(sila rujuk pekeliling)
6.Sentiasa bersedia apabila dipantau dan disoal tentang perkembangan pendidikan terkini contohnya KSSR,SPPK,MBI,MBM dsb.

Ikhlas dari PKHEM.